Pensyarah: Ustaz Mohamad Bazli Md Radzi
Ahli Kumpulan:
Nurul Nizam Bin Nor Hisham (05DIP14F2049)
Nazirul Hazwan Bin Zainal Abidin (05DIP14F2035)
Badrul Hisyam Bin Naimon (05DIP14F2031)
PENDAHULUAN
(Surah Al-Baqarah; Ayat 164)
Maksud Flora dan Fauna??
Apakah maksud flora dan fauna? Fauna adalah semua jenis haiwan yang berada di seswatu kawasan . Istilah yang sepadan bagi tumbuh-tumbuhan adalah flora. Flora, fauna dan bentuk hidupan lain seperti kulat dirujuk bersama sebagai biota.
Zoologists dan paleontologists menggunakan fauna untuk merujuk kepada koleksi tipikal haiwan yang boleh didapati dalam masa yang tertentu atau tempat, contohnya yang "Sonoran Desert fauna" atau "Burgess Syal fauna".
Flora dan fauna seringkali disebut di dalam al-Qur’an dengan mengunakan perkataansecara umum seperti : buah-buahan, tanam-tanaman, tumbuh-tumbuhan, binatang ternakan, haiwan dan sebagainya. Bagaimanapun, terdapat beberapa kata nama am yang digunakan seperti : burung hud-hud, kurma, lembu, unta, zaitun dan sebagainya.
Tumbuh-tumbuhan dan haiwan di dalam Al-Qur’an adalah kekuasaan Allah s.w.t.supaya manusia:
1.Mengenali tanda-tanda kebesaran Allah s.w.t.
2.Sentiasa mengingati-Nya.
3.Sentiasa mensyukuri nikmat atas pemberian-Nya.
4.Gambaran perumpamaan atau persamaan dengan manusia.
5.Menjadikan pengajaran.
NAMA FLORA DAN FAUNA YANG TERDAPAT DALAM AL-QURAN
1.Anggur
2.Ara/Tin
3.Bawang Merah
4.Bawang Putih
5.Biji Sawi
6.Delima
7.Gandum
8.Halia
9.Kacang Dal
10.Kafur
11.Kasturi
12.Kurma
13.Labu
14.Mann
15.Mawar
16.Pohon Bidara
17.Pohon Cemara
18.Pohon Khuldi
19.Pohon Pisang
20.Pohon Zaqqum
21.Rumput
22.Timun
23.Zaitun
Fauna :
1.Anai-anai
2.Anjing
3.Babi
4.Belalang
5.Beruk/Kera/Monyet
6.Biri-biri
7.Burung Ababil
8.Burung Hud-hud
9.Burung Gagak
10.Burung Puyuh
11.Gajah
12.Harimau
13.Ikan
14.Kambing
15.Katak
16.Keldai(Baghal)
17.Kuda
18.Kutu
19.Labah-labah
20.Lalat
21.Lebah
22.Lembu
23.Nyamuk
24.Rama-rama
25.Semut
26.Serigala
27.Singa
28.Ular
29.Unta
FLORA
Dan Dia lah yang menurunkan hujan dari langit lalu Kami tumbuhkan dengan air hujan itu segala jenis tumbuh-tumbuhan, kemudian Kami keluarkan daripadanya tanaman yang menghijau, Kami keluarkan pula dari tanaman itu butir-butir (buah) yang bergugus-gugus; dan dari pohon-pohon tamar (kurma), dari mayang-mayangnya (Kami keluarkan) tandan-tandan buah yang mudah dicapai dan dipetik; dan (Kami jadikan) kebun-kebun dari anggur dan zaiton serta buah delima, yang bersamaan (bentuk, rupa dan rasanya) dan yang tidak bersamaan. Perhatikanlah kamu kepada buahnya apabila ia berbuah, dan ketika masaknya. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan Kami) bagi orang-orang yang beriman.
(Surah Al-An'aam; Ayat 99)
Dan (kenangkanlah) ketika kamu berkata: "Wahai Musa, kami tidak sabar (sudah jemu) dengan makanan yang semacam sahaja; maka pohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya dikeluarkan bagi kami sebahagian dari apa yang tumbuh di bumi; dari sayur-sayurannya, dan mentimunnya, dan bawang putihnya, dan adas (kacang dalnya), serta bawang merahnya". Nabi Musa menjawab: "Adakah kamu mahu menukar sesuatu yang kurang baik dengan meninggalkan yang lebih baik? Turunlah kamu ke bandar kerana di sana kamu boleh dapati apa yang kamu minta itu". Dan mereka ditimpakan dengan kehinaan dan kepapaan, dan sudah sepatutnya mereka mendapat kemurkaan dari Allah. Yang demikian itu ialah disebabkan mereka kufur (mengingkari) ayat-ayat Allah (perintah-perintah dan mukjizat-mukjizat yang membuktikan kebesaranNya); dan mereka pula membunuh Nabi-nabi dengan tidak ada alasan yang benar. Yang demikian itu ialah disebabkan mereka menderhaka dan mereka pula sentiasa menceroboh.
(Surah Al-Baqarah; Ayat 61)
Dan Dia lah (Allah) yang menjadikan (untuk kamu) kebun-kebun yang menjalar tanamannya dan yang tidak menjalar; dan pohon-pohon tamar (kurma) dan tanaman-tanaman yang berlainan (bentuk, rupa dan) rasanya; dan buah zaiton dan delima, yang bersamaan (warnanya atau daunnya) dan tidak bersamaan (rasanya). Makanlah dari buahnya ketika ia berbuah, dan keluarkanlah haknya (zakatnya) pada hari memetik atau menuainya; dan janganlah kamu melampau (pada apa-apa jua yang kamu makan atau belanjakan); sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampau.
(Surah Al-An'aam; Ayat 141)
FAUNA
(Sebahagian dari) mereka akan berkata: "Bilangan Ashaabul Kahfi itu tiga orang, yang keempatnya ialah anjing mereka "; dan setengahnya pula berkata:"Bilangan mereka lima orang, yang keenamnya ialah anjing mereka" - secara meraba-raba dalam gelap akan sesuatu yang tidak diketahui; dan setengahnya yang lain berkata: "Bilangan mereka tujuh orang, dan yang kedelapannya ialah anjing mereka". Katakanlah (wahai Muhammad): "Tuhanku lebih mengetahui akan bilangan mereka, tiada yang mengetahui bilangannya melainkan sedikit". Oleh itu, janganlah engkau berbahas dengan sesiapapun mengenai mereka melainkan dengan bahasan (secara sederhana) yang nyata (keterangannya di dalam Al-Quran), dan janganlah engkau meminta penjelasan mengenai hal mereka kepada seseorangpun dari golongan (yang membincangkannya).
(Surah Al-Kahfi; Ayat 22)
Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Surah Al-Baqarah;Ayat 173)
Katakanlah: "Mahukah, aku khabarkan kepada kamu tentang yang lebih buruk balasannya di sisi Allah daripada yang demikian itu? Ialah orang-orang yang dilaknat oleh Allah dan dimurkaiNya, dan orang-orang yang dijadikan di antara mereka sebagai kera dan babi, dan penyembah Taghut. Mereka inilah yang lebih buruk kedudukannya dan yang lebih sesat dari jalan yang betul".
(Surah Al-maaidah;Ayat 60)
HADIS-HADIS
- Hadis sahih Muslim jilid 1 No. 127.
-Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah saw. Bersabda “Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya telah dekat masanya Isa Ibnu Maryam akan turun di tengah-tengah kamu. Dia akan menjadi Hakim yang ADIL, akan dihancurnya salib, dibunuhnya babi/khinzir, dihapuskannya pajak, dan kekayaan akan melimpah ruah (ma’mur) sehingga tidak seorang pun lagi bersedia menerima pemberian”
- Hadis 1540 sahih muslim jilid 2
- Hadis No. 1550 sahih muslim jilid 2 -Dari Jabir bin Abdullah r.a katanya dia mendengar Rasulullah saw. Bersabda di tahun penaklukan Makkah dan ketika itu dia berada di makkah, sabdanya “sesungguhnya Allah dan RasulNya telah mengharamkan jual khamar/arak, bangkai, babi dan berhala” lalu ditanya orang akan baginda “Ya, Rasulullah, bagaimana hukumnya lemak yang terdapat dalam bangkai? Kerana lemak itu digunakan orang untuk gemuk perahu, untuk meminyaki kulit, dan untuk menyalakan lampu.” Maka bersabda baginda, “Tidak buleh, itu haram, kemudian bersabda pula baginda “Kerana lemak bangkai itulah Allah taala mengutuk orang yahudi. Allah telah mengharamkan atas mereka lemak bangkai, tetapi mereka mengolahnya jua. Kemudian mereka menjual, dan hasilnya penjualannya itu mereka makan”
- Hadis no 2127 sahih Bukhari jilid -Jabir r.a berkata “Nabi saw. Mengharamkan menjual khinzir”
- No.2128 hadis sahih bukhari jilid 5
- Dalam sebuah hadis yang lain Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam memberi amaran:
-Seorang wanita memasuki neraka disebabkan seekor kucing yang diikatnya. Dia tidak memberinya makan mahupun membebaskannya untuk makan serangga di tanah. [Shahih al-Bukhari – no: 3318]
- Menjaga kebajikan haiwan tidak sekadar pada masa hidup mereka, tetapi juga pada saat kita akan menyembelih mereka. Sudah menjadi salah satu daripada adab menyembelih untuk menggunakan pisau yang tajam agar haiwan tersebut dapat melaluinya dengan mudah. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
-Sesungguhnya Allah mewajibkan ihsan ke atas setiap sesuatu. Maka apabila kamu membunuh maka perbaikilah cara membunuh dan apabila kamu menyembelih maka perbaikilah cara sembelihan. Hendaklah salah seorang daripada kamu mengasah pisaunya dan biarkan haiwan sembelihan mati tanpa terseksa. [Shahih Muslim – no: 1955]
MANFAAT YANG DI PEROLEHI DARI HIDUPAN FLORA DAN FAUNA
Seperti yang kita tahu, banyak manfaat yang boleh kita perolehi daripada hidupan flora dan fauna seperti dapat di jadikan makanan. Selain itu, flora dan fauna juga boleh di jadikan ubat. Contoh:
1. LEBAH [An Nahl]
Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: "Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia.
(Surah Al-Nahl; Ayat 68)
Lebah madu membuat tempat penyimpanan madu lebah dengan bentuk yang amat baik dan menarik. Lebah adalah seekor binatang yang amat patuh pada perintah Allah apabila Allah menyatakan buatlah sarang di gunung-ganag dan pokok-pokok kayu, maka lebah taat pada perintah-Nya. Menggunakan
cara yang sangat menarik ketika membuat sarangnya yang mana dimulai dengan membangunkan sel-sel tempat penyimpanan madu dari sudut-sudut yang berbeza seterusnya pada akhirnya mereka bertemu dia tengah. Madu lebah yang telah terhasil tadi sebenarnya banyak kegunaan untuk manusia dalam kehidupan.
cara yang sangat menarik ketika membuat sarangnya yang mana dimulai dengan membangunkan sel-sel tempat penyimpanan madu dari sudut-sudut yang berbeza seterusnya pada akhirnya mereka bertemu dia tengah. Madu lebah yang telah terhasil tadi sebenarnya banyak kegunaan untuk manusia dalam kehidupan.
Fungsi Madu Lebah:
Madu merupakan ubat bagi semua penyakit
bagi semua orang, bagaimanapun bentuk penyakit dan bangsa mana pun orang tersebut. Hal ini
dapat ditinjau daripada lafaz ayat yang digunakan al-Quran iaitu berbentuk umum iaitu “padanya terdapat ubat bagi manusia”,dan bukan sejenis ubat untuk manusia tertentu sahaja. Terdapat ilmuan Islam yang menyokong pendapat di atas bahawa madu adalah penawar bagi semua jenis penyakit. Sebahagian pula menyatakan bahawa madu adalah ubat bagi sesetengah penyakit, bukan untuk semua penyakit.
dapat ditinjau daripada lafaz ayat yang digunakan al-Quran iaitu berbentuk umum iaitu “padanya terdapat ubat bagi manusia”,dan bukan sejenis ubat untuk manusia tertentu sahaja. Terdapat ilmuan Islam yang menyokong pendapat di atas bahawa madu adalah penawar bagi semua jenis penyakit. Sebahagian pula menyatakan bahawa madu adalah ubat bagi sesetengah penyakit, bukan untuk semua penyakit.
Bisa Lebah:
Kegunaan bisa lebah adalah untuk merawat Arthritis, rheumatism, sakit tulang belakang dan penyakit kulit. Pada zaman moden ini pula ia menjadi rawatan elternatif untuk penyakit multiple sclerosis.
Sengat lebah merupakan kombinasi komleks multi-komponen yang unik, mengandungi lebih kurang 30 bahan aktif biologikal. Komponen pharmacological yang utama ialah peptide-melilitin, apamin, peptide 401, adolapin, dan protease inhibitors.
Sengat lebah merupakan kombinasi komleks multi-komponen yang unik, mengandungi lebih kurang 30 bahan aktif biologikal. Komponen pharmacological yang utama ialah peptide-melilitin, apamin, peptide 401, adolapin, dan protease inhibitors.
2. FUNGSI TUMBUH-TUMBUHAN
-Bahan makanan bagi haiwan dan manusia seluruhnya
-Menyejukkan muka bumi daripada kehangatan matahari
-Sebagai hasil pendapatan manusia
-Sebagai bahan ubat-ubatan kepada manusia khususnya herba-herba
-Membekalkan gas oksigen kepada hidupan dan menyingkirkan gas karbon dioksida daripada atmosfera
-Sebagai punca untuk mengindahkan dan menceriakan alam
KESIMPULAN
Jelaslah apa yang ada didunia ini samada di langit dibumi adalah kejadian Allah SWT. Cthnya, Allah SWT telah mencipta haiwan dengan pelbagai kebaikan. Seperti haiwan dan tumbuh tumbuhan yang ada di dunia ini memberi banyak manfaat kepada penghuni alam semesta ini. Dan semua perkara yang Raulullah SAW lakukan ialah satu rujukan pada kesemua umat Islam untuk sentiasa berada diatas jalan yang benar.